Konsep pencemaran
(http://mieadham86.blogspot.com/2014/06/tugasan-geografi-pt3-2014-konsep-dan.html)
Pencemaran air bermaksud perubahan yang
berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan
memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama
ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam
pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di
mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran
yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia. Contohnya, pembuangan air
kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .
(http://cikgushakinah.blogspot.com/p/punca-punca-pencemaran-sungai.html)
Punca utama pencemaran air ialah bahan
buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah
sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan
kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah
menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen
yang terlarut di dalam air.
Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca
pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan
kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-hampas organik yang
menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu,
penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak
mencemarkan sumber air.
No comments:
Post a Comment